Pages

Friday, July 16, 2010

Tazkirah - Fadhilat Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Erti "Syaaban" ialah berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Ada pendapat pula mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula: Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemuliaan dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah S.A.W.. telah bersabda yang maksudnya:
"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".
Baginda bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."

Tuesday, July 13, 2010

Tazkirah - Amalan Kota Kursi

Setiap hari berlaku rompakan, penipuan, perkosaan, pukau, kemalangan, pembunuhan, penzaliman, penindasan serta berbagai musibah keatas umat Islam serata dunia. Tiada daya dan kekuatan yang dapat memberikan perlindungan kecuali dari Allah SWT. Amalkan kaedah ini setiap hari.

i. Baca Istiqfar - 3 kali.

ii. Baca Selawat - 3 kali.

iii. Baca Fatihah - 1 kali.

iv. PASANG NIAT untuk memagar (sebagai contoh):

- Sahaja aku membaca Ayat-Kursi untuk memagar diri, keluarga, rumah dan urusan kerana AlLah -

1. Baca Ayat Al-Kursi 1 kali.

2. baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.

4. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.

6. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.

8. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.

10. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.

12. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.

14. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.

15. Baca Selawat keatas RasulAlLah SAW.

Thursday, June 24, 2010

Tazkirah - Cabaran Masa Kini

Diriwayatkan oleh Thauban, sabda Rasulullah s.a.w.:

“Umat-umat dunia ini hampir mengerumuni kamu semua dari segenap tempat sebagaimana semut-semut mengerumuni makanan”.

Mereka bertanya: “Adakah ini disebabkan bilangan kami yang sedikit ?”.

Jawapan baginda, “Tidak, bilangan kamu adalah ramai akan tetapi kamu semua lemah umpama buih air, dan Allah akan mencabut rasa gerun dari hati musuh kamu terhadap kamu, dan Allah akan meletakkan di dalam hati kamu waham.”

Mereka bertanya lagi: “Apa waham itu wahai Rasulullah ?”

Jawab baginda, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”

Sunday, June 20, 2010

Office Warming @SPD





tanggal 21 Jun 2010..telah diadakan majlis bacaan yasin
dikalangan staf SPD...sempena perpindahan unit kompetensi
ke ruang office bersebelahan ngan...office Bos...


kemudian disusuli nga...jamuan ringkas...sape yg masak laksa nihh..
sampai nangis2 makan...anyway...sedap lorr..




bizai ngan cikgu bob..makan dgn. khyusuknye













main course...laksa penang...resepi bonda

Tazkirah - Kelebihan Bulan Rejab

Rasulullah bersabda..." Rejab adalah bulan Allah,Syaaban itu bulanku dan Ramadhan itu bulan umatku "

Baginda juga bersabda : "Rejab adalah bulan Allah.Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah,pasti dia mendapatkan redha Allah Yang Maha Agung..."

Monday, June 14, 2010

Tanda Kebesaran ALLAH SWT





Sebagai iktibar dan perkongsian tanda-tanda
kebesaran ALLAH SWT..SubhanaAllah

....rujukan Alhabib Islamic Web Service.

FamilyKu

Wajah Insan Kesayanganku

Gambar Umi dan Danish semasa perkahwinan Pok Bang di Kedah


The Wood's Ulu Yam

Berehlah (rehat dan kelah) bersama rakan-rakan penduduk Bayu, Subang Bestari . Kami bertolak secara konvoy pada pukul 7.30 pagi dan sampai di destinasi pada jam 9.00 pagi. Aktiviti keluarga ini sungguh meriah dengan melihat anak-anak bergembira mandi-manda serta bermain antar mereka. Tidak kurang juga mama dan papa yang tidak melepaskan peluang untuk mandi sama. Dah lama tak madi di jeram katakan...

Pada jam 10.00 pagi,...proses menyalakan api untuk barbeque ayam...hehe lazatnye....